Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan tiba di Mahkamah Shah Alam bagi sebutan kes berkaitan pengubahan wang haram di Kompleks Mahkamah Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 23 JANUARI 2026

SHAH ALAM – “Alhamdulillah hari ini saya sihat,  kita ikuti prosesnya, kita lihat macam mana nanti (perkembangannya).

Demikian kata bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan selepas dihadapkan dua lagi pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menjadi bekas PTD pertama yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram manakala semalam Muhammad Hafizuddeain dihadapkan empat pertuduhan sama melibatkan wang RM2.12 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau mengaku tidak bersalah di atas kesemua pertuduhan di kedua-dua mahkamah terbabit.

Sementara itu, peguam yang mewakilinya Aizul Rohan Anuar memaklumkan isteri anak guamnya itu Salwani Anuar akan dituduh sekali lagi di Terengganu pada Isnin depan.

“Sepatutnya pertuduhan hari Rabu tapi pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) awalkan supaya dia boleh ke hospital selepas itu untuk buat pembedahan

Semalam, Salwani yang merupakan isteri ketiga Muhammad Hafizuddeain turut berdepan empat tuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM77,000. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2026/01/22/bekas-ptd-hadapi-4-pertuduhan-pengubahan-wang-haram-rm2-12-juta/

https://malaysiagazette.com/2026/01/22/pengubahan-wang-haram-isteri-ketiga-bekas-ptd-mengaku-tidak-bersalah/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast