Screenshot

KUANTAN – Lima mayat sekeluarga mati dibunuh Lorong Cerating Damai di sini, dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) jam 12.45 tengah hari tadi.

Kesemua mayat telah dibawa keluar dari lokasi kejadian menggunakan trak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Difahamkan lokasi kejadian malang itu berlaku di kediaman ibu mertua suspek dalam kejadian 7 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, dua mayat akan dilakukan bedah siasat hari ini.

“Tiga lagi mayat akan dibuat proses bedah siasat pada esok sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa,” katanya ringkas kepada MalaysiaGazette.

Ashaari berkata, siasatan terperinci kes berkenaan sedang dijalankan oleh pihaknya.

Susulan itu, polis berharap orang ramai berhenti membuat spekulasi berhubung kes berkenaan.

Awal pagi tadi, lima mayat sekeluarga ditemui maut dan terdapat kesan kelar di rumah Lorong Cherating Damai di sini dalam kejadian jam 7 pagi tadi.

Kejadian membabitkan sepasang suami isteri, dan dua orang anak perempuan ditemui dalam bilik dan mayat ibu kepada suspek ditemui di dapur dalam rumah berkenaan.

Dalam insiden itu, lelaki berusia 32 tahun dipercayai mencederakan isteri, ibu berusia 55 tahun dan dua anak perempuan menggunakan senjata disyaki pisau sebelum bertindak mencederakan diri sendiri.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati siasatan awal dilakukan oleh pihak forensi PDRM di kejadian sehingga mayat dibawa keluar dari kediaman.

Kawasan kejadian dipenuhi oleh orang ramai dan kejiranan yang masih terkejut dengan insiden berkenaan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Dua kanak-kanak perempuan antara lima sekeluarga mati dibunuh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast