KUALA LUMPUR – Produk penjagaan kulit I Mishang jenama di bawah AI SEE LIFE memperkenal duta jenamanya, Datin Seri Wong Mew Choo yang juga merupakan bekas pemain badminton negara.
Mew Choo isteri kepada Datuk Seri Lee Chong Wei yang juga jaguh badminton dunia.
Mew Choo bersetuju menjadi duta produk tersebut bukan kerana nilai komersialnya sebaliknya misi sosial jenama yang mereka tampilkan.
“Saya difahamkan melalui produk ini mereka akan melakukan banyak perkara bermanfaat untuk membantu masyarakat terutamanya menyediakan latihan percuma dan membantu ibu tunggal dan golongan OKU mendapatkan pekerjaan.
“Itu sebabnya, buat pertama kalinya saya bersetuju menjadi duta produk ini memandangkan penglibatan saya ini dapat memberi makna kepada orang lain… itu sebabnya saya sanggup bersama.
“Selama ini saya hanya memberi fokus kepada keluarga dan anak-anak dan hampir tidak terlibat dalam sebarang tawaran komersil. Bukan kerana wang saya terima tawaran ini, cuma kali ini berbeza kerana nilai dan tanggungjawab yang produk dan syarikat ini tampilkan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif I Mishang, Sheri Yap berkata, produknya menitikberatkan kualiti dengan piawaian yang ketat, berpegang kepada prinsip tanpa hormon, tanpa logam berat, dan tanpa bahan terlarang, agar pengguna dapat menggunakan produk dengan lebih yakin.
Selain itu, syarikat ini tidak mewajibkan sebarang pakej pembelian dan tidak mengamalkan sistem tambah nilai, supaya setiap sen yang dibelanjakan pengguna benar-benar digunakan untuk penjagaan diri sendiri tanpa menambah perbelanjaan yang tidak perlu.
Pada masa yang sama, AI SEE LIFE juga komited untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi dengan memikul Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membantu golongan ibu tunggal mahupun golongan orang kurang upaya (OKU) dengan membuka peluang perniagaan bagi menjana pendapatan.
Ketua Pegawai Eksekutif I Mishang, Sheri Yap berkata, Selagi mereka sanggup belajar dan rajin berusaha, syarikat bersedia melatih mereka menjadi pakar kecantikan profesional, menyediakan peluang pekerjaan yang stabil, serta membantu menjana pendapatan yang lumayan. – MalaysiaGazette
















