Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU – Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor akan beroperasi pada tahap yang minima sementara Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, urusan harian kerajaan negeri tetap berjalan dan memerlukan perhatian yang rapi.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, semalam bagi persembahan makluman urusan kerajaan negeri.

Sesi mengadap itu berlangsung di Istana Pasir Pelangi di sini.

“Sesi mengadap berkenaan adalah sebahagian daripada rutin pertemuan berkala bersama Seri Paduka Baginda yang tetap berlangsung dalam pengurusan kerajaan sementara selepas pembubaran Dewan Negeri,” demikian menurut hantaran itu.

Onn Hafiz membubarkan DUN Johor pada 1 Jun lalu bagi memberi laluan untuk PRN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi tempoh dua bulan untuk mengadakan PRN.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast