KULAI – Perlesenan Network School di Forest City dibatalkan terus dan akan disenaraihitamkan di negeri ini selepas didapati melanggar syarat perlesenan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menegaskan, keputusan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) itu selepas mendapati terdapat dua kesalahan nyata membabitkan operasi pusat berkenaan.
“Antaranya membabitkan iklan yang tidak mematuhi syarat, selain wujud perbezaan ketara antara lesen yang dipohon dengan operasi sebenar dijalankan.
“Lesen yang dimohon dengan apa yang ada secara sebenar di peringkat operasi sangat berbeza dan melanggar syarat lesen. Sebab itu kita tamat dan batalkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Karnival TVET dan Kerjaya Perbandaran Kulai di Dewanraya Putra, Bandar Putra di sini hari ini.

Jafni menjelaskan, operasi Network School tidak lagi dibenarkan dan statusnya dibatalkan terus kerana apa yang dilakukan bercanggah dengan undang-undang.
Tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai itu, tiada rayuan akan diterima daripada pengendali Network School.
Beliau menjelaskan, keputusan itu bukan dilakukan terhadap Network School sahaja tetapi tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana syarikat yang menggunakan lesen bagi menjalankan aktiviti berbeza daripada kelulusan diberikan.
“Kalau ada syarikat daftar untuk satu jenis perniagaan tetapi menjalankan perniagaan lain, apabila disiasat dan didapati melanggar syarat, kita akan batalkan,” katanya.

Mengenai tindakan lanjut terhadap pemilik syarikat terbabit, beliau berkata, perkara itu masih di peringkat penelitian pihak jabatan undang-undang.
Jelasnya lagi, pihak MBIP sudah melaksanakan tindakan berdasarkan bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk pembatalan lesen berkenaan.
Tambahnya, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan kemasukan pelaburan dan ke Johor kekal sebagai negeri mesra pelabur, namun semua pelabur perlu mematuhi peraturan dan garis panduan ditetapkan.

Rabu lalu, MBIP mengumumkan lesen perniagaan NSO Malaysia Sdn Bhd (Network School) dibatalkan dan mengarahkan semua aktiviti syarikat itu dihentikan berkuat kuasa 22 Julai lalu selepas didapati melanggar beberapa syarat pelesenan.
MBIP memaklumkan keputusan membatalkan lesen perniagaan Network School dibuat menerusi Mesyuarat Penuh Khas MBIP selepas penelitian terhadap laporan pemeriksaan, dapatan penguatkuasaan serta representasi pihak syarikat.
Artikel berkaitan: MBIP tutup, sita premis Network School
Network School lengang, tidak lagi beroperasi
Lesen Network School dibatalkan, Perkasa puji ketegasan kerajaan Johor
Lesen perniagaan dibatalkan, Network School diarah henti operasi esok – Onn Hafiz
Siasatan Network School jangan terhenti setakat pemeriksaan pasport
Batal lesen, permit Network School di Johor jika langgar undang-undang -Tunku Ismail
Zaid puji pegawai kanan di Putrajaya yang waspada dengan Network School
Isu Network School: KDN, Kementerian Digital perlu segera beri penjelasan
Network School masih beroperasi seperti biasa tetapi dikawal ketat
Isu operasi Network School: Forest City sedia beri kerjasama penuh
KDN jalankan siasatan menyeluruh berhubung isu operasi “Network School” di Forest City
Pembangkang bawa usul tergempar isu Network School di Forest City ke Dewan Rakyat
MBIP beri Notis Henti Niaga kepada satu premis School Network
Susulan itu Network School dimaklumkan bakal membuka kampus baharu di Kazakhstan selepas pembatalan lesen perniagaannya oleh MBIP.
Pengasas Network School, Balaji Srinivasan turut mengumumkan satu memorandum persefahaman (MoU) sudah ditandatangani antara syarikatnya dengan Republik Kazakhstan bagi tujuan tersebut. – MalaysiaGazette
















