Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Fahmi Fadzil.

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) belum mengadakan sebarang perbincangan berhubung kemungkinan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipercayai akan bermula di Selangor.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan perkara itu belum sampai ke tahap dibincangkan di peringkat tertinggi parti gabungan itu.

“Pada waktu ini, peringkat pimpinan belum membincangkan perkara itu ,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan Rakan Strategik Program Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, parti gabungan itu menekankan prinsip kestabilan politik dan kepentingan rakyat dalam menjalinkan sebarang bentuk kerjasama politik dengan mana-mana parti atau gabungan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, pihaknya sentiasa terbuka dalam menjalinkan kerjasama atau sebarang persefahaman dengan parti atau gabungan yang menerima pakai dua prinsip berkenaan.

Susulan itu, seorang pemimpin DAP menggesa  Amirudin menjelaskan kenyataannya bahawa PH terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi Biro Undang-Undang Kebangsaan DAP, Ramkarpal Singh berkata, ia penting sama ada pendirian seumpama itu sudah dibangkit dan diputuskan dalam Majlis Presiden PH.

Beliau menyifatkan kenyataan Ahli Majlis Presiden PH itu sebagai serius kerana ia menyentuh soal hala tuju gabungan terbabit dan perlu dijelaskan segera bagi mengelak sebarang kekeliruan. – MalaysiaGazette

Beliau menyifatkan tuduhan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, itu sebagai tidak berasas dan menjadikannya contoh mengapa kedua-dua parti sukar bekerjasama pada masa ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast