Pasukan IGNITE MADANI

KUANTAN – Pasukan IGNITE MADANI mencatatkan pencapaian membanggakan apabila muncul Naib Johan kategori Robot Tempur pada Malaysia Techlympics 2026 (MT2026) Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) baru-baru ini.

Kejayaan itu sekali gus melayakkan pasukan berkenaan mewakili negeri Pahang ke peringkat kebangsaan MT2026 pada November 2026.

Lebih membanggakan, IGNITE MADANI turut mencatatkan keputusan cemerlang dalam kategori Dron Navigator apabila menduduki tempat keenam sekali gus menempatkan pasukan berkenaan dalam kelompok 10 terbaik pertandingan.

MT2026 merupakan inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertujuan memperkasa bakat muda dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian dan Matematik (STEAM) menerusi pendekatan pembelajaran praktikal, pengalaman sebenar dan pertandingan.

Pasukan IGNITE MADANI terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semambu, Kuantan yang menyertai tiga kategori pertandingan iaitu Cabaran Robot Tempur, Cabaran Siasatan Jenayah (CSI) dan Cabaran Dron Navigator.

Bagi Cabaran Robot Tempur, pasukan diwakili Muhammad Danish Mikail bin Saidi dan Lara Dinda Azanmudin, kedua-duanya dari Tingkatan 4 Mutiara.

Dalam Cabaran Siasatan Jenayah (CSI), pasukan diwakili Muhammad Razzim Emram Muhammad Ruzlan dan Muhammad Amir Yusoff Rospi juga dari Tingkatan 4 Mutiara.

Sementara itu, Cabaran Dron Navigator pula disertai Amir Ar-Rayyan Amir Ashraf dari Tingkatan 1 Berlian dan Imtinan Bashirah A Baruwi dari Tingkatan 3 Mutiara.

Kejayaan pasukan tersebut turut mendapat sokongan guru pengiring, Muhammad Syafiq Abdullah selain bimbingan Saharizal Sidek dan Abdullah Osman yang memberikan tunjuk ajar serta dorongan kepada para peserta sepanjang tempoh persiapan dan pertandingan.

Pencapaian itu membuktikan dengan bimbingan, peluang, latihan dan sokongan yang berterusan, pelajar mampu mengembangkan potensi dalam bidang STEAM serta bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Kejayaan IGNITE MADANI juga diharap menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar khususnya dalam komuniti Indera Mahkota di sini untuk meneroka bidang STEAM sebagai platform membina kemahiran, kreativiti, keyakinan dan potensi diri dalam menghadapi cabaran masa depan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here