Israel mahu memusnahkan terowong di Gaza yang disyaki menjadi operasi Hamas. Foto media sosial

TEL AVIV – Tentera Israel tidak mengetahui langsung tentang terowong pejuang Palestin kata, bekas tahanan, Adina Moshe.

Wanita yang berusia 72 tahun itu berkata, perkhidmatan keselamatan Shin Bet telah memintanya untuk melukis peta terowong tersebut selepas beliau dibebaskan dalam pertukaran tahanan.

“Shin Bet meminta saya melukis terowong di Gaza kerana mereka tidak tahu apa-apa mengenainya,” katanya Ketika ditemu bual rangkaian televisyen, Channel 12.

Agensi perkhidamatn keselamatan itu telah menghantar seorang jurutera untuk bertemu Moshe sebelum itu, yang mana beliau diberitahu bahawa terowong di Jalur Gaza adalah ‘besar dan bersimpang siur yang mengunjur di seluruh kawasan’.

Wanita itu memberitahu jurutera tersebut bahawa operasi ketenteraan sahaja tidak dapat membantu menyelamatkan baki tahanan.

“Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berbohong, sama ada beliau atau tentera tahu apa-apa mengenai terowong pejuang palestin di Gaza,” tambah bekas tahanan itu.

Menurut Channel 12, apabila Moshe diminta untuk melukis lakaran terowpng, beliau membalasnya dengan berkata, dia bukannya seorang artis.

Beliau juga diminta untuk menghuraikan terowong, laluan, lokasinya dan peralatan komunikasi serta pendawaian yang dipasang pejuang Palestin.

Moshe merupakan salah seorang peserta penunjuk perasaan yang meminta kerajaan Israel bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast