KUALA LUMPUR – Pelakon, Siti Saleha mengesahkan sedang menantikan kehadiran cahaya mata.
Siti Saleha Mohd Baharum, 35, berkongsi berita gembira itu menerusi Instagramnya menunjukkan gambar imbas bayi sambil memeluk suaminya, Joshua Fitton.
“Josh makan banyak jadi perutnya agak kembung (buncit) jadi saya nak padankan perutnya dan perut saya,” katanya di ruangan kapsyen.
Aktres itu berkata, beliau dan suaminya sudah lama simpan rahsia kehamilannya.
Namun aktres itu tidak memberi perincian mengenai usia kehamilannya.
Semasa menghadiri acara Malaysia International Film Festival pada Ahad lalu, penampilan Saleha mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat yang mendakwa aktres itu hamil selepas kelihatan ‘baby bump’ pada busana digayakan.
Namun Siti Saleha ketika ditanya tidak mengesahkan atau menidakkan, sebaliknya meminta orang ramai mendoakannya.
Beliau juga memberi bayangan akan berehat panjang.
Saleha kembali bergelar isteri kepada pereka fesyen, Joshua pada Februari lalu selepas tiga tahun bercerai. – MalaysiaGazette
















