FELDA

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memberi jaminan akan meneliti secara menyeluruh isu pelaksanaan Program Pembangunan Tanam Semula di Felda Palong 7, Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan, termasuk aspek tatakelola dan perolehan.

FELDA dalam satu kenyataan hari ini memakluman, penelitian dilakukan merangkumi pelaksanaan kerja di lapangan, kualiti bahan tanaman serta pengurusan operasi program yang dikendalikan FELDA Plantation Management Sdn Bhd (FPMSB).

Tambahnya, setiap perkara yang dibangkitkan akan diteliti secara objektif berdasarkan fakta, rekod dan prosedur yang sedang berkuat kuasa.

“FELDA tidak akan berkompromi terhadap sebarang perkara yang boleh menjejaskan kepentingan peneroka atau integriti organisasi,” katanya.

Dalam pada itu, FELDA berkata, pihaknya sentiasa bersedia memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu proses semakan atau siasatan berhubung isu berkenaan.

Menurutnya, pihaknya memandang serius laporan media dan perkara yang dibangkitkan berkaitan pelaksanaan program tanam semula di kawasan terbabit.

“FELDA kekal komited untuk memastikan setiap amanah pengurusan ladang dilaksanakan secara profesional, telus dan berintegriti demi kesejahteraan peneroka,” katanya.

Terdahulu, program pembangunan dan tanam semula tanaman sawit di Felda Palong 7, Wilayah Raja Alias, dilapor kini dalam perhatian SPRM selepas agensi itu menerima maklumat berkaitan pelaksanaannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here