Mungkin ada sesuatu yang melucukan hingga Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketawa besar ketika melawat sebuah premis menjual makanan tradisional pada Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat DUN Serkam di Umbai hari ini.

MELAKA – Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam berpotensi besar menjadi salah satu destinasi pelancongan baharu di Melaka ekoran pelbagai produk yang dimilikinya.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, lokasinya yang strategik di pinggir Bandaraya Melaka memudahkan akses pelancong ke kawasan berkenaan.

Bagi tujuan itu ujarnya, kerajaan negeri bersedia membantu memajukan sektor pelancongan di kawasan berkenaan sekali gus mampu menjana pendapatan penduduknya.

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh melihat barangan peralatan perniagaan untuk disumbangkan kepada usahawan kecil dan sederhana pada Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat DUN Serkam di Umbai hari ini.

“Serkam memiliki industri makanan yang terkenal seperti makanan tradisional dan hub halal serta destinasi yang menarik.

“Kerancakan ekonomi disusuli dasar kerajaan negeri yang mesra pelancongan maksudnya sub sistem sokongan ini juga meraih sokongan untuk menjadikan Serkam salah satu pusat pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat DUN Serkam Siri ke-16 di Dewan Seri Umbai di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan.

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyampaikan sumbangan kepada beberapa usahawan kecil dan sederhana pada Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat DUN Serkam di Umbai hari ini.

Menurut Ab Rauf, industri makanan tradisional yang diusahakan pengusaha tempatan berjaya meletakkan Serkam di persada antarabangsa.

Premisnya jelas beliau, menjadi tumpuan ribuan pelancong asing dan tempatan pada setiap minggu.

Begitu juga produk makanan yang dihasilkan di kawasan perindustrian Halal Hub, Serkam yang menghasilkan pelbagai produk yang berjaya memecah pasaran antarabangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here