KUALA LUMPUR – Wakil Malaysia, Taanusiya Chetty, mengulangi pencapaian negara 28 tahun lalu apabila meraih tempat ketiga pada pertandingan akhir Miss World 2026 di Nha Trang, Vietnam, semalam.

Kejayaan itu pernah diraih Lina Teoh yang turut menduduki tempat ketiga pada Miss World 1998, sekali gus menjadikan mereka dua wakil Malaysia dengan pencapaian terbaik dalam sejarah pertandingan berprestij berkenaan.

Gelaran juara menjadi milik Joheirry Mola Dominguez dari Republik Dominika, manakala wakil Sepanyol, Elisabeth Reynes Alabern, menduduki tempat kedua.

Terdahulu, Miss World Malaysia 2024/2025 itu melayakkan diri ke kelompok enam terbaik selepas memenangi segmen Beauty With A Purpose (BWAP), mengatasi wakil Zimbabwe, Brunette Makanyiso.

BWAP merupakan antara segmen utama Miss World yang menilai komitmen peserta terhadap projek kemasyarakatan serta impak yang dihasilkan menerusi usaha berkenaan.

Taanusiya sebelum ini turut mencuri perhatian selepas menyampaikan ucapan dalam empat bahasa, iaitu bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil, dalam segmen Head-to-Head Challenge.

Pencapaian Taanusiya meneruskan rentetan kejayaan wakil Malaysia di pentas Miss World selepas Rahimah Orchient Yayah mara ke kelompok 10 terbaik pada 1994, manakala Deborah Henry menempatkan diri dalam kelompok 16 terbaik pada 2007.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here