Black Vortex membawa pulang piala dan hadiah wang tunai RM1,000 yang disampaikan Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay. 

KUALA LUMPUR – Black Vortex FC memberi amaran awal bahawa kelab itu semakin berbisa apabila mengungguli kejohanan ELBA Merdeka Cup 2026  Bawah 14 Tahun (B-14) baru-baru ini.

Pada aksi final, kelab yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan itu mempamerkan prestasi cemerlang dengan menewaskan pasukan Akademi MBPJ FC A  1-0 yang terpaksa berpuas hati bergelar naib juara.

Lebih membanggakan, Black Vortex yang ditubuhkan tahun lalu hasil inisiatif ibu bapa para pemain berjaya menewaskan pasukan dari Indonesia di peringkat suku akhir.

Kejayaan itu membolehkan mereka membawa pulang piala dan hadiah wang tunai RM1,000 yang disampaikan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Black Vortex yang ditubuhkan tahun lalu hasil inisiatif ibu bapa.

Sementara itu, wakil ibu bapa kelab itu, Aliza Zain menyifatkan, kejohanan tersebut berjaya memastikan program pembangunan bola sepak akar umbi bermula sejak usia awal lagi bagi menyediakan pelapis berpotensi besar.

“Ia bertepatan dengan matlamat penubuhan Black Vortec FC sebagai platform mencungkil bakat pemain bola sepak yang mampu mewakili negeri dan negara dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada waris dan ibu bapa yang menunjukkan komitmen tinggi dengan memastikan anak-anak berlatih bagi menghadapi persediaan kejohanan ini,” katanya.

Sementara itu, ELBA Merdeka Cup 2026  kembali lagi tahun ini sebagai kejohanan bola sepak selama dua hari, dengan kerjasama Kuala Lumpur Youth Football Club yang sebelum dikenali sebagai NFDP Kuala Lumpur & Putrajaya.

Dengan penyertaan sehingga lebih daripada 80 pasukan yang terdiri daripada pelbagai pasukan sekolah dan kumpulan belia, kejohanan itu di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi bagi memeriahkan bulan kemerdekaan.

Pasukan yang mengambil bahagian pada kejohanan itu merangkumi kategori B-10, B-12, B-14, dan B-16, sekali gus menyediakan platform bagi pemain muda untuk menguji keupayaan atletik, semangat berpasukan, disiplin, dan semangat kesukanan mereka. – MalaysiaGazette

Aliza Zain (kiri) meraikan kejayaan Black Vortex FC yang turut diwakili anaknya sebagai penjaga gol.

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here