Pesawat keluaran Airbus.

KUALA LUMPUR – Rantau Asia Pasifik memerlukan 19,120 pesawat penumpang baharu menjelang 2045, dengan rantau itu dijangka kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan industri penerbangan global dalam tempoh dua dekad akan datang, menurut Airbus.

Menerusi Tinjauan Pasaran Global 2026-2045 terbaharunya, Airbus berkata, trafik penumpang di rantau itu dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan setara (CAGR) 5.1 peratus, mengatasi purata global sebanyak 3.9 peratus.

“Keperluan pesawat di rantau ini mewakili 45 peratus daripada unjuran permintaan global sebanyak 42,060 pesawat baharu bagi tempoh berkenaan.

“Daripada jumlah 19,120 pesawat baharu itu, kira-kira satu pertiga diperlukan untuk menggantikan pesawat sedia ada, manakala selebihnya bagi menampung peluasn perkhidmatan dan pertumbuhan pasaran, disokong asas ekonomi yang kukuh, lonjakan populasi berpendapatan sederhana dan proses urbanisasi yang pesat,” katanya.

Airbus berkata, jumlah penduduk berpendapatan sederhana di Asia Pasifik dijangka mencecah tiga bilion menjelang 2045.

“Seiring dengan proses pembandaran yang pesat, perjalanan udara semakin menjadi prasarana penting yang menyokong kemakmuran sosial dan ekonomi,” katanya.

Presiden Airbus Asia Pasifik Anand Stanley berkata, syarikat penerbangan kini memperluas rangkaian di luar model hab-dan-jejari tradisional dengan menghubungkan bandar-bandar sekunder secara terus kepada pasaran global, di samping terus mengembangkan rangkaian penerbangan jarak jauh.

“Dengan memanfaatkan teknologi pesawat generasi terkini, syarikat penerbangan serantau sedang mengubah landskap hubungan udara dan memacu kemakmuran ekonomi jangka panjang di rantau ini,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here