Anggota bomba melakukan kerja-kerja pemadaman kebakaran bas persiaran di Lebuhraya Utara-Selatan, Yong Peng, Batu Pahat, hari ini.

BATU PAHAT – Seramai 14 penumpang berdepan detik cemas apabila bas persiaran yang dinaiki terbakar di Kilometer 137, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, Yong Peng di sini hari ini.

Bagaimanapun semua penumpang terbabit termasuk seorang pemandunya sempat menyelamatkan diri dalam kejadian pada pukul 1.37 tengah hari tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Muhammad Amier Syah Hamzah berkata, sembilan anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati kebakaran sebuah bas jenis Hino RK Intercooler milik Syarikat Orkid Dynasty.

Bas persiaran berkenaan terbakar kira-kira 80 peratus namun semua 14 penumpang dan seorang pemandu terselamat

“Kebakaran berlaku ketika bas sedang bergerak dari Johor Bahru ke lapangan terbang di Subang.

“Kemusnahan bas tersebut dianggarkan sebanyak 80 peratus. Semua 14 penumpang dan seorang pemandu berjaya keluar dari bas sebelum ketibaan PKO di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, PKO bertindak menjalankan operasi pemadaman dan kebakaran berjaya dikawal pukul 2.48 petang.

Punca kemalangan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here