Sebahagian daripada pelajar baharu USIM yang mendaftar di Dewan Tuanku Canselor pada 14 hingga 15 September 2026.
NILAI – Seramai 3,173 pelajar baharu pengambilan Sarjana Muda Sesi Akademik 2026/2027 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memulakan perjalanan sebagai warga universiti menerusi pendaftaran fizikal yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor pada 14 hingga 15 September 2026.
Naib Canselor USIM, Prof. Ts. Datuk Dr. Sharifudin Md. Shaarani berkata, proses pendaftaran pelajar baharu berjalan lancar melibatkan 1,999 pelajar perempuan dan 1174 pelajar lelaki termasuk 10 pelajar berkeperluan khas.
Naib Canselor USIM, Prof. Ts. Dato’ Dr. Sharifudin Md. Shaarani berkata, proses pendaftaran pelajar baharu berjalan lancar melibatkan 1,999 pelajar perempuan dan 1174 pelajar lelaki termasuk 10 pelajar berkeperluan khas.
“Seramai 3,173 pelajar termasuk seorang pelajar yang mendaftar program Intensive English Languange Programme (IELP) mendaftar secara fizikal dan kesemua mereka sebelum itu telah melengkapkan pendaftaran universiti secara dalam talian bermula 7 hingga 12 September lalu, diikuti pendaftaran kolej kediaman pada 14 hingga 15 September 2026,” katanya ketika ditemui pada sesi Pendaftaran Pelajar Baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2026/2027 di Dewan Tuanku Canselor.
Beliau berkata, pelajar baharu seterusnya akan mengikuti Program Taaruf USIM dari 16 hingga 18 September 2026 sebagai persediaan sebelum memulakan pengajian sebagai mahasiswa di universiti.
Menurut beliau, kemasukan pelajar baharu itu mencerminkan keyakinan masyarakat terhadap USIM sebagai institusi pengajian tinggi yang berteraskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli.
“Pada pendaftaran kali ini, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) menerima jumlah pelajar paling ramai iaitu 578 orang, diikuti Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) dengan 520 orang,” katanya.
Beliau turut mengalu-alukan kehadiran mahasiswa baharu serta berharap pengalaman sepanjang tempoh pengajian dapat membentuk mereka sebagai insan berilmu, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang kukuh.
“Saya mengucapkan selamat datang kepada anak-anak baharu ke USIM. Semoga pengalaman sepanjang sekurang-kurangnya empat tahun di universiti ini bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan, malah membina sahsiah, jati diri dan intelektual yang menjadi harapan bangsa serta negara,” ujarnya.
Pendaftaran pelajar baharu Sesi Akademik 2026/2027 menjadi permulaan kepada perjalanan mahasiswa dalam meneroka pengalaman universiti melalui pembelajaran, aktiviti kemahasiswaan, pembangunan kepimpinan dan penglibatan dalam komuniti.
Dengan jumlah keseluruhan 14,307 pelajar aktif Sarjana Muda pada masa ini, USIM terus menyediakan ekosistem pendidikan tinggi inklusif yang menghimpunkan mahasiswa daripada pelbagai latar belakang termasuk pelajar berkeperluan khas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here