KUALA LUMPUR – Lelaki berjubah putih yang ditahan selepas menimbulkan kekecohan di perkarangan tempat letak kereta di Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini semalam didapati positif ganja.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, lelaki berusia 23 tahun yang berasal dari Puchong itu kini direman selama tiga hari sehingga Sabtu ini.

“Polis telah tahan suspek kerana berkelakuan mencurigakan selain suspek mengeluarkan kata-kata lucah terhadap seorang menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

Semalam, media melaporkan yang lelaki berkenaan cuba mencetuskan provokasi dan tiba-tiba menjerit ke arah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang sedang beredar menuju kereta selepas menghadiri majlis penutupan Bazar Tahun Baru Cina 8TV, pada 8.30 malam.— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast