CANBERRA_ Domino’s Pizza Enterprise Ltd. Australia tidak mengaku telah mengelirukan para pemegang francaisinya berhubung isu pembayaran gaji.

Ia juga memberitahu masih tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai dokumen mahkamah berhubung tindakan saman daripada pekerja-pekerjanya yang mendakwa mereka telah dibayar gaji rendah oleh pemegang francaisi.

Syarikat itu mengulangi kenyataannya mereka sebelum ini yang mengatakan tindakan tersebut tidak betul walaupun pemohon utama masih belum membuat sebarang tuntutan kepada pemilik francaisi dan tiada francaisi yang dikenakan tindakan.

Sebaliknya, para pekerja meminta ganti rugi daripada Domino’s di atas dakwaan dibayar gaji yang rendah oleh pemilik francaisi.

Saman yang difailkan oleh firma guaman Phi Phi Finney McDonald di Mahkamah Persekutuan Australia mendakwa Domino’s telah mengelirukan pemegang-pemegang francaisinya dengan memberitahu mereka tidak perlu membayar pemandu penghantaran dan pekerja dalam kedai mengikut kadar standard minimum.

Pekerja-pekerja makanan segera layak untuk menerima gaji minimum mingguan sebanyak AUD813.60 seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Kerja Australia.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast