Absyar Rina Yusra Asmadi
Ops Khas Lebih Muatan: 22 kenderaan, pemandu termasuk warga asing ditahan
Pengarahnya, Hamidi Adam berkata, operasi itu memfokuskan kesalahan membawa muatan berlebihan bagi memastikan keselamatan jalan raya dan pematuhan undang-undang, dengan sebanyak 65,016 kenderaan diperiksa serta 5,329 saman dikeluarkan sejak Januari hingga pertengahan Mei tahun ini.
Cubaan curi hasil laut gagal, maritim tahan vesel Indonesia di Pulau...
Maritim Malaysia Negeri Perak menahan sebuah Vesel Nelayan Asing Indonesia di perairan utara Pulau Jarak selepas disyaki menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram. Kesemua empat kru termasuk tekong warga Indonesia turut ditahan bersama vesel, peralatan menangkap ikan dan hasil laut bernilai lebih RM2 juta untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.
Maritim Malaysia tumpas sindiket seludup arak di Limbang
Maritim Malaysia Zon Miri berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 1,170 karton minuman keras bernilai lebih RM221,000 di perairan Limbang pada malam semalam hasil maklumat risikan dan operasi rondaan rutin. Barangan seludup yang dipercayai untuk pasaran tempatan menjelang musim perayaan itu ditemukan ditinggalkan selepas penyeludup melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.
UEC: Jangan buka ruang kompromi kepada asas pembinaan negara – Shahir
Aktivis politik, Shahir Adnan membantah sebarang usaha kerajaan mengiktiraf UEC sebagai syarat kemasukan ke IPTA kerana disifatkan boleh menjejaskan perpaduan negara dan sistem pendidikan kebangsaan. Beliau mendakwa pengiktirafan itu akan mewujudkan jurang identiti serta memecahbelahkan rakyat mengikut aliran pendidikan dan bahasa. Shahir turut menggesa kerajaan menghentikan usaha tersebut demi mempertahankan bahasa kebangsaan dan identiti nasional.
UEC belum diiktiraf sepenuhnya, MCA desak DAP tunaikan janji lama
MCA menyifatkan pengumuman kerajaan berhubung laluan kemasukan pemegang UEC ke universiti awam masih belum mencapai pengiktirafan penuh seperti yang dijanjikan sebelum ini. Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng berkata, langkah yang diumumkan kerajaan hanya merupakan penambahbaikan kecil terhadap sistem sedia ada dan bukannya satu pembaharuan besar. Beliau turut mendesak DAP menjelaskan semula janji mereka mengenai pengiktirafan penuh UEC serta mempertahankan komitmen tersebut dalam mesyuarat Kabinet akan datang.
19 muzium dibuka percuma sempena Hari Muzium Antarabangsa 2026
Sebanyak 19 muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia akan dibuka secara percuma kepada warganegara Malaysia pada 18 Mei 2026 sempena Hari Muzium Antarabangsa. Inisiatif ini bertujuan menggalakkan orang ramai mendekati sejarah, warisan dan budaya negara melalui pelbagai pameran serta aktiviti interaktif di muzium seluruh negara.
MAIWP, Kementerian Ekonomi perkasa usahawan asnaf menerusi IPR-INSAN
MAIWP dan Kementerian Ekonomi menjalinkan kerjasama strategik menerusi program IPR-INSAN bagi membantu golongan asnaf dan B40 menjana pendapatan melalui mesin vending makanan, dengan lebih 1,125 mesin telah dipasang di seluruh negara dan jualan keseluruhan mencecah RM20.46 juta setakat Mac 2026.
UMNO sudah iktiraf UEC sejak 2018 – Amidi
"PAS dilihat bersungguh-sungguh memainkan naratif bahawa Kerajaan MADANI tunduk kepada kehendak DAP, kononnya bagi menutup serangan naratif terhadap Saudara Nik Zawawi, Setiausaha Majlis Syura Dewan Ulama PAS.
KL jadi tuan rumah Forum Ekonomi Wanita ASEAN 2026 Okt ini
Tema utama yang akan diketengahkan merangkumi kepimpinan wanita global dan tadbir urus, keusahawanan dan inovasi, pembangunan mampan (ESG), ekonomi digital, pelaburan antarabangsa, kesihatan dan kesejahteraan, kepimpinan belia serta pembasmian kemiskinan.
KPKT saran PBT kurangkan sewa premis bantu peniaga kecil
KPKT menyarankan semua PBT di seluruh negara mempertimbangkan pengurangan kadar sewaan premis, gerai dan medan selera sehingga hujung tahun ini bagi membantu meringankan beban kos operasi penjaja serta peniaga kecil.

















