Tuesday, September 1, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Azizul Osman

Muhammad Azizul Osman

9952 Artikel 0 Komen

Penduduk ambil inisiatif sendiri buat sekatan jalan

Menyusuri Jalan Lahar Yooi untuk ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang, tumpuan penulis terfokus kepada aktiviti sekumpulan anak muda sekitar kawasan itu yang mempunyai inisiatif sendiri bagi memastikan keselamatan penduduk sekitar terjamin.

Enggan pindah takut rumah dimasuki pencuri

Kalau saya pindah ke pusat pemindahan banjir, kami risau dengan kelengkapan rumah dicuri. Mereka akan ambil kesempatan bila rumah tiada penghuni. Kami perjudian nyawa ahli keluarga sebab mahu pertahankan rumah dari dimasuki pencuri.

Air mulai surut di Seberang Perai

Terbaharu, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua pusat pemindahan di negeri ini berkurang kepada 5,729 orang setakat jam 8 malam tadi berbanding 7,294 orang tengah hari berikutan air semakin surut.

PM umum 13 projek tebatan banjir bernilai RM1b di Pulau Pinang

Setakat ini Kerajaan Pusat sudah luluskan RM150 juta dan sanggup timbang peruntukan tambahan.

Patah kaki seminggu sebelum banjir

Seorang mangsa banjir berusia 43 tahun, Ng Teng Wei berkata beliau berterima kasih kepada pihak Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang kerana membawa beliau ke tempat selamat. Kata beliau, keadaannya yang patah kaki menyebabkan beliau sukar untuk keluar dari kediamannya.

Perdana Menteri diberi taklimat perkembangan banjir

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tiba di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah di sini hari ini diberi taklimat perkembangan banjir di Pulau Pinang.

Hujan lebat punca pintu air Empangan Padang Chempedak pecah

Tinjauan MalaysiaGazette di ibu bekalan air Sungai Jarak, Jabatan Pengairan dan Saliran Seberang Perai Utara mendapati pintu empangan mengalami kerosakan yang teruk menyebabkan air dari empangan mengalir laju ke Sungai Jarak.

Ketepikan perbezaan, yang penting adalah rakyat – Zahid

Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus ketepikan perbezaan pendapat dan politik antara kedua-dua pihak dan fokus kepada rakyat yang kini menjadi mangsa banjir di negeri ini. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid berkata yang penting sekarang adalah keperluan mendesak kesemua mangsa banjir diutamakan dan kebajikan mereka diambil kira.

Air paras pinggang di SMK Datuk Ahmad Said

Sejumlah 159 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Datuk Ahmad Said di Sungai Dua dibawa memasuki ke dewan peperiksaan menggunakan kenderaan pelbagai guna (SUV) dan lori. Hasil tinjauan Malaysia Gazette mendapati air dipercayai naik sehingga ke paras pinggang membuatkan semua pelajar di situ gagal untuk memasuki sekolah berkenaan.

PPIM tuntut jawatan senator bela pengguna

Maamor berkata, tuntutan itu salah satu daripada Resolusi Forum Pengguna ke 7, persatuan itu menggariskan tujuh cadangan kepada kerajaan.