Bernama
Kebergantungan kepada sumber minyak bukan pilihan bijak
Timbalan Setiausaha Bahagian (Sektor Dasar Cukai Tidak Langsung dan GST) Kementerian Kewangan, MA Sivanesan berkata, ini berikutan peranan GST sebagai satu bentuk cukai penggunaan yang begitu stabil dalam apa juga keadaan ekonomi, sekali gus memberi kestabilan kepada pendapatan kerajaan.
Hanya gambar calon, presiden dan timbalan presiden parti sahaja – SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hanya gambar calon, presiden dan timbalan presiden atau setarafnya daripada parti komponen Barisan Nasional (BN), PKR dan PAS dibenarkan digunakan sebagai bahan kempen sepanjang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Tiada cuti ganti khas guru bertugas PRU,
"Daripada segi peraturan tak ada benda itu (cuti selepas terlibat dengan pilihan raya), maka apa-apa permintaan individu (guru) hanya kepada sekolah sahaja, mengikut kes tetapi kalau nak buat atas pakej kementerian itu memang tiada," kata Mahdzir
Calon BN kena mendahulukan rakyat ketika berkempen
Mengenai 327 jumlah calon muka baharu BN pada PRU14, katanya angka itu merupakan bukti bahawa parti itu sentiasa membuka peluang kepada muka-muka baharu yang diyakini layak untuk menggalas amanah serta mampu membawa kemenangan untuk BN.
TLDM terima 2 LMS tahun depan
Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, pembinaan dua kapal LMS itu oleh China Shipbuilding & Offshore International Co. Ltd (CSOC) dan Boustead Naval Shipyard berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
SPR nafi cetak nama ‘Mahiaddin’
Kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah nama yang akan dicetak pada kertas undi tersebut adalah seperti mana yang tertera pada ruangan 3 Borang 4 dan 4A yang telah diterima SPR iaitu ‘Tan Sri Muhyiddin Yassin’.
Jenazah 2 penuntut Malaysia dijangka tiba pagi ini
Jenazah dua pelajar Malaysia, yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Jalan Garuda Sakti, Pekanbaru, Riau, Indonesia, Ahad lepas, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini.
Latar tawar tol percuma pada hari mengundi
Lebih 100,000 pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur- Kuala Selangor (Lebuhraya LATAR) bakal menikmati perjalanan tol percuma mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang pada 9 Mei ini sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)).
Najib perbetulkan masalah era Mahathir
"Najib menjadi mangsa kepada ketulusannya dalam memacu perubahan di Malaysia untuk meninggalkan masa lampau. Jika beliau bersetuju dengan kehendak (politik) Mahathir ini bermakna status quo dan tidak akan ada transformasi," katanya dalam artikel AFP Services, cabang komersial am AFP, berdasarkan wawancara agensi berita Perancis itu bersama beliau.
Kerajaan luluskan 65,000 peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam
Kerajaan telah meluluskan 65,000 peluang pekerjaan baharu dalam perkhidmatan awam tahun ini sejajar dengan evolusi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

















