Kumara Sabapatty
Himpunan #Turun: 30 individu akan dipanggil rakam keterangan
Setakat ini seramai 30 individu telah dikenalpasti dan kesemua individu terlibat dalam himpunan tersebut akan dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan bagi siasatan yang dijalankan dalam masa terdekat. - Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya.
Warga Myanmar pecah masuk rumah, samun diberkas
Modus operandi kedua-dua suspek adalah memantau dan mengumpul maklumat mengenai mangsa dan waktu pekerjaan sebelum menantikan masa yang sesuai penghuni meninggalkan rumah dan menyamun dengan mengumpil grill tingkap bilik. - Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.
Polis sekat peserta perhimpunan berarak ke Dataran Merdeka
Peserta perhimpunan itu menuntut pemotongan gaji menteri dan timbalan menteri, menuntut bantuan yang bermaruah diberikan kepada semua lapisan masyarakat dan menuntut kerajaan mengekalkan subsidi sedia ada serta tidak mengurangkan subsidi lain membabitkan industri makanan.
Rasuah: Bekas CEO bergelar Datuk direman SPRM
"Pasukan siasatan juga dikatakan telah berjaya mengesan wang milik suspek utama yang disimpan di negara jiran berjumlah kira-kira RM16.3 juta," ujar sumber.
Polis kenal pasti identiti mayat lelaki jatuh tingkat 17 kondominium
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah mendapat bantuan daripada sebuah untuk mengenalpasti identiti mangsa.
Pencarian diteruskan, wanita ditemui di Sentul bukan Zalina Azman
Bertindak atas maklumat awam itu Polis Shah Alam telah bergegas ke lokasi itu sebelum menemui dan membawa wanita yang didakwa mirip Zalina ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Shah Alam untuk pengecaman dan pengesahan identiti. - Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.
PDRM, SPRM bekerjasama didik masyarakat, anggota jauhi rasuah
Jalinan kerjasama ini merupakan kesinambungan daripada memorandum persefahaman bersama SPRM yang ditandatangani oleh PDRM pada 2016 dalam usaha menangani rasuah dengan lebih berkesan. - Deputi Komisioner Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin.
Penceramah bebas akan direman hingga minggu depan
Kita akan kemaskini siasatan sebelum merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut pendakwaan. - Datuk Azmi Abu Kassim.
Penjual ikan maut kenderaan pacuan empat roda bertembung dua kenderaan
mangsa telah hilang kawalan sejurus tiba di lokasi kemalangan dan terbabas ke pembahagi jalan lalu memasuki laluan bertentangan.
MPS sita premis hiburan tanpa lesen perniagaan
Kita tidak menghalang atau menentang mana-mana aktiviti hiburan di negara ini khususnya di kawasan pentadbiran kami untuk dijalankan tetapi ia perlulah dengan cara mendapatkan lesen perniagaan yang sah dan mengikut peraturan yang sudah ditetapkan dengan membuat permohonan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).- Paramasivam Chelliah.

















