Norlizah Abas
Farhash dapat ganti rugi RM550,000 saman terhadap Chegubard, pempengaruh
Ahli perniagaan Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mendapat ganti rugi RM550,000 selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan samannya terhadap aktivis Chegu Bard, dan pempengaruh Nurpais Ismail.
Op Pump: Pegawai Imigresen didakwa gagal lapor rasuah kepada SPRM
Seorang pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan gagal melaporkan pemberian suapan berjumlah RM5,100 bagi membantu melepaskan warga asing daripada pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dua tahun lalu.
Bekas KP Perisikan Pertahanan didakwa atas tiga pertuduhan rasuah
Razali, 60, yang merupakan bekas pegawai tertinggi Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO), turut meminta dibicarakan di hadapan Hakim Suzana Hussin atas dua pertuduhan menerima suapan bagi pihak isterinya melibatkan pembayaran tiket penerbangan berjumlah RM64,600.
Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan didakwa hari ini
Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Datuk Mohd Razali Alias tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini bagi menghadapi pertuduhan rasuah.
Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan akan didakwa esok
Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Datuk Mohd Razali Alias merupakan antara bebebapa individu berprofil tinggi yang akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pelbagai pertuduhan, esok.
Semakan kehakiman 3 NGO cabar keputusan Menteri Kesihatan 15 Mei ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 15 Mei ini bagi memutuskan semakan kehakiman tiga badan bukan kerajaan (NGO) yang mencabar keputusan Menteri Kesihatan mengecualikan cecair dan gel vape daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952.
Sejumlah 14 harta alih di rumah Jamal Yunos disita secara paksa
Sejumlah 14 harta alih milik Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos, disita secara paksa daripada kediamannya di Ampang Jaya dekat sini hari ini dengan kehadiran bailif Mahkamah Tinggi.
Harta alih Jamal disita, bayar penghakiman tertunggak RM66,061 kepada Teresa
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendapat perintah Mahkamah Tinggi di sini untuk menyita harta alih milik Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos bagi mendapatkan jumlah penghakiman tertunggak sebanyak RM66,061.85 sebagai kos yang belum dibayarnya.
Mohd Na’im, Papagomo gagal selesai saman secara baik, bicara 21 September
Kedua-dua pihak tidak sepakat terhadap terma-terma yang dicadangkan dalam proses mediasi yang berlangsung selama sejam, lewat petang ini.
Tokoh akademik gagal serah writ saman kepada pelakon Rita Rudaini
Dua tokoh akademik yang mengetuai Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (Muafakat), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor masih tidak dapat menyerahkan writ saman terhadap pelakon Rita Rudaini supaya selebriti itu menjawab saman terhadapnya.

















