Tag: BANK NEGARA MALAYSIA
Kerajaan jual saham miliknya bagi bantu BNM
Menurut saksi ke 22, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Othman Yusof berkata ia adalah arahan pihak atasan bagi mengelakkan perkara itu diketahui umum.
Tun M, Tun Daim antara saksi RCI hari ke 7
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dipanggil menjadi saksi hari ini bagi melicinkan siasatan mengenai kerugian BNM. Dr. Mahathir dijangka memberikan keterangan jam 11 pagi nanti.
RCI Forex: Tun M dipanggil beri keterangan Isnin ini
Selepas bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil memberikan keterangan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian Bank Negara (BNM) dalam urus niaga mata wang asing pada tahun 1990-an, giliran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula akan dipanggil memberikan keterangan.
Kerugian BNM, Anwar kata Nor Mohamed Yakcop perlu dipecat
Penjelasan terakhir yang sangat tepat kerana mengesahkan Nor Mohamed Yakcop telah melebihi mandat yang diberikan. - Anwar Ibrahim.
Anwar buat kenyataan mengikut laporan audit – Tun M
"Dia (Anwar Ibrahim) tekanan bahawa kenyataan yang disampaikan kepada (jemaah) Kabinet bahawa kehilangan wang sebanyak RM5.7 bilion, yang lain tak termasuk dalam laporan BNM daripada yang telah diaudit," katanya.
Anwar, Sidek bertegang leher isu jumlah kerugian BNM
"Kita bawa kepada kabinet keputusannya. Kita sebut apa yang yang telah disebut Bank Negara," jawab Ketua Umum PKR itu.
Tun M tak pernah hadir sebarang transaksi forex
Azman dalam jawapan kepada Choo Boon pula berkata, Mahathir tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke bilik urus niaga mata wang asing di BNM.
Satu transaksi forex boleh cecah bilion dolar AS – Azman
"Tidak ada had bagi setiap transaksi. (Saya) tidak ingat transaksi yang saya buat tapi jumlah boleh mencecah bilion ringgit dalam sehari. Saya tidak berani urus niaga melainkan arahan dari (Tan Sri) Nor Mohamed Yakcop mahu pun ketua pedagang," katanya.
Dr Zeti beritahu BNM alami kerugian 10 kali ganda pada 1994
Menurut saksi keenam belas, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz memberitahu ahli lima panel RCI bahawa BNM mengalami kerugian sejumlah RM31.506 bilion pada tahun antara 1991 hingga 1994 ekoran urus niaga mata wang.
Kerugian BNM, Tun M tak nampak marah – bekas KSU
"Mahathir menjawab selepas diberi taklimat (oleh saya) dengan berkata 'kadang-kadang kita membuat keuntungan, kadang-kadang kita rugi'," kata Clifford Francis Herbert.
















