Tag: belanjawan 2023
Tambahan RM500 bagi pencarum kurang RM10,000 dalam Akaun 1 KWSP
Program ini akan memberi manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir RM1 billion, kata Perdana Menteri.
Kerajaan umum langkah kurangkan kesesakan hospital
Pesakit daripada hospital sesak akan dihantar ke hospital lain seperti hospital universiti, hospital tentera dan hospital swasta.
Sektor kesihatan terima RM36.3 bilion, peruntukan kedua terbesar
Kerajaan juga bercadang agar hospital kebajikan yang berdaftar sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan amaun perbelanjaan kebajikan.
Kerajaan hasrat contohi model PSDC bagi perkasa TVET – PM
"Kerajaan berhasrat untuk mencontohi model ini secara rintis melibatkan institusi TVET Persekutuan dengan sasaran 50 syarikat terutama dalam kalangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," kata Anwar.
RM250 juta untuk promosi sektor pelancongan
Jumlah itu selaras dengan Tahun Melawat Malaysia pada 2025 yang menyasarkan ketibaan 23.5 juta pelancong antarabangsa dan unjuran pendapatan sehingga RM76.8 bilion.
KDN, pertahanan diperuntuk RM36.2 bilion perkukuh keselamatan negara
Anwar berkata kerajaan juga akan menambah 42 pos kawalan sempadan polis Pasukan Gerakan Am, Jabatan Imigresen, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi memperketat kawalan sempadan negara selain menyelenggara semua kapal dan bot APMM.
Belanjawan 2023 perlu terjemah kebijakan baharu
Selain itu, Anwar berkata wujud juga ketirisan dalam pelaksanaan subsidi diesel dengan anggaran hampir RM10 bilion nilai subsidi diesel diselewengkan tahun lepas.
Kerajaan sedia RM725 juta tahun ini untuk laksana ketersambungan digital
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan mempercepat pelaksanaan projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sebagai usaha nasional menyediakan kemudahan jaringan Internet.
130,000 rakyat tersusah akan dibantu keluar dari kemiskinan – PM
Menurutnya, sejumlah RM750 juta disediakan untuk tahun 2023 kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan IPR.
















