Tag: JIM
Dipaksa kerja tanpa gaji: Wanita Sri Lanka diselamatkan, majikan ditahan
Bagaimanapun, mangsa dipercayai dipaksa bekerja tanpa menerima gaji, tidak diberikan makanan mencukupi, pergerakannya dikawal serta mengalami kekerasan fizikal sebagai bentuk ugutan dan intimidasi.
JIM kesan 19 pelawat dikaitkan dengan isu Forest City
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata ketika ini, pihaknya sedang giat mendapatkan maklumat dan melaksanakan tindakan berkaitan bagi mengesan 19 pelawat berkenaan bagi menentukan status mereka.
Ops Gegar bongkar aktiviti tawar wanita, 17 warga asing ditahan
pemeriksaan terhadap telefon bimbit milik salah seorang orang kena tahan (OKT) menemukan Rekod perbualan, transaksi serta katalog yang dipercayai digunakan untuk menawarkan khidmat wanita kepada pelanggan.
Dakwa amalan `kaunter setting’ makin serius, MCW desak tindakan tegas
Kata beliau, dakwaan yang dikemukakan itu amat serius dan tidak boleh sekadar dipandang sebagai khabar angin, sebaliknya perlu disahkan atau disangkal melalui siasatan profesional.
JIM buru Nahura Aruan bantu siasatan
JIM sedang mengesan seorang wanita tempatan, Nahura Aruan, 43, bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat JIM Putrajaya.
PATI digesa sertai Program Repatriasi Migran
Program itu memberi peluang kepada warga asing yang berada di negara ini tanpa dokumen sah untuk pulang ke negara asal mengikut saluran yang ditetapkan.
18 warga asing ditahan di 12 premis, dua rakyat tempatan disaman
Operasi yang bermula pukul 10.15 pagi itu melibatkan 33 pegawai Imigresen dan 11 anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan sasaran terhadap premis yang dipercayai menggaji atau dikendalikan warga asing.
98 PATI ditahan dalam operasi besar-besaran di Klang, Shah Alam
Operasi yang bermula pukul 10 pagi itu menyasarkan beberapa premis perniagaan di kawasan terbabit yang dipercayai menggaji atau dikendalikan oleh warga asing.
Warga Indonesia dalang kegiatan mengemis, peralat OKU cacat penglihatan
Siasatan awal mendapati, sindiket itu menggunakan individu OKU tempatan yang cacat penglihatan untuk menarik simpati orang ramai dengan warga Indonesia bertindak memimpin mangsa ke lokasi tumpuan awam terutama kawasan kedai makan pada waktu malam.
Hampir 37,000 warga asing ditahan Imigresen dalam tempoh enam bulan
Mengenai kesalahan paling banyak dikesan dalam kalangan warga asing yang ditahan, beliau berkata tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah paling tinggi, dan kesalahan salah guna pas yang dikeluarkan.

















