Tag: PRN Negeri Sembilan
Sanusi Bebas Berkempen di Negeri Sembilan, Tiada Gag Order – Dr...
Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tiada sebarang arahan atau larangan dikeluarkan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor daripada terus berkempen sepanjang PRN Negeri Sembilan.
#malaysiagazette #PRNNegeriSembilan #N9memilih #PRNNegeriSembilan2026 #UndiN9 #perikatannasional
Dari Johor ke Negeri Sembilan, Zahid terus jadi pemikat masyarakat India
Sudah tentu, kehadiran ribuan penyokong di sesuatu program bukan jaminan kemenangan di peti undi. Namun, pengalaman pada PRN Johor menunjukkan sambutan luar biasa terhadap siri kempen melibatkan Ahmad Zahid akhirnya diterjemahkan kepada keputusan yang memihak kepada BN di beberapa kerusi penting.
2 calon MIC jadi Exco jika menang dan BN kembali rampas...
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jaminan itu sebagai pembakar kepada seluruh jentera parti MIC bagi memastikan kemenangan kedua-dua calon berkenaan.
Kampung Paya di Sri Tanjung bakal berwajah baharu – Rajasekaran
Perancangan untuk membina sebuah platform terapung sebagai jambatan penghubung bagi memudahkan penduduk menyeberangi sungai.
Manivanan janji tuisyen percuma, latihan AI untuk warga Jeram Padang
Manivanan turut akan memperkenalkan kelas Bahasa Malaysia untuk golongan dewasa bagi membantu mereka meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam urusan harian, pekerjaan dan komunikasi dalam masyarakat.
Pilah sudah maju, kini masa cipta lebih banyak peluang pekerjaan –...
Katanya, ramai anak muda mahu terus tinggal dan membina kehidupan di Pilah, namun mereka memerlukan lebih banyak peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan serta kemahiran dimiliki.
Biar pengundi nilai sendiri polemik PN-BN – Tengku Zafrul
Tengku Zafrul menegaskan kerjasama antara PH dan BN perlu diteruskan kerana terbukti memberi kestabilan politik yang menjadi asas kepada pertumbuhan ekonomi negara.
PRN N. Sembilan: Bersatu tampil 76 tawaran, sasar 50,000 peluang kerja...
Menurutnya, antara sasaran utama Bersatu adalah mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan baharu berpendapatan tinggi dalam tempoh lima tahun menerusi pembangunan Koridor Industri Halal NS, Koridor Logistik NS serta industri masa hadapan bernilai tinggi termasuk tenaga hijau, kenderaan elektrik dan kecerdasan buatan (AI).
Muhyiddin dakwa perselisihan PN-BN sudah dijangka
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penafian Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa BN dan PN merupakan satu gabungan sudah menunjukkan wujud perbezaan pendirian dalam susunan politik berkenaan.
Pilih Sama Ada Yang Tertangguh atau Yang Sedang Merancakkan Ekonomi
Naib Pengerusi DAP Johor, Senator Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, Rakyat Negeri Sembilan diseru agar tidak terpedaya dengan manifesto lama Barisan Nasional (BN) yang didakwa masih belum ditunaikan sejak 2018, sebaliknya menilai rekod prestasi Pakatan Harapan (PH) yang menurutnya telah membuktikan kemampuan memacu pembangunan negeri sepanjang dua penggal pentadbiran.
#malaysiagazette #PRNNegeriSembilan #N9memilih #PRNNegeriSembilan2026 #UndiN9 #PakatanHarapan #PH

















