Tag: Pulau Pinang
TNB masih teruskan kerja pemulihan bekalan elektrik
Anggota kerja teknikal kami seramai 160 orang termasuk dari luar Pulau Pinang bertungkus-lumus bekerja tanpa mengira penat lelah untuk menyambung semula bekalan sejak Ahad lalu. - Wan Nazmy Wan Mahmood.
PM umum 13 projek tebatan banjir bernilai RM1b di Pulau Pinang
Setakat ini Kerajaan Pusat sudah luluskan RM150 juta dan sanggup timbang peruntukan tambahan.
Patah kaki seminggu sebelum banjir
Seorang mangsa banjir berusia 43 tahun, Ng Teng Wei berkata beliau berterima kasih kepada pihak Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang kerana membawa beliau ke tempat selamat.Kata beliau, keadaannya yang patah kaki menyebabkan beliau sukar untuk keluar dari kediamannya.
Mangsa banjir di Pulau Pinang, Kedah menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat penempatan di empat daerah di Pulau Pinang menunjukkan penurunan sedikit pagi ini iaitu 6,080 orang melibatkan 1,572 keluarga berbanding malam tadi seramai 6,243 mangsa daripada 1,588 keluarga.
Hujan lebat punca pintu air Empangan Padang Chempedak pecah
Tinjauan MalaysiaGazette di ibu bekalan air Sungai Jarak, Jabatan Pengairan dan Saliran Seberang Perai Utara mendapati pintu empangan mengalami kerosakan yang teruk menyebabkan air dari empangan mengalir laju ke Sungai Jarak.
Ketepikan perbezaan, yang penting adalah rakyat – Zahid
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus ketepikan perbezaan pendapat dan politik antara kedua-dua pihak dan fokus kepada rakyat yang kini menjadi mangsa banjir di negeri ini.Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid berkata yang penting sekarang adalah keperluan mendesak kesemua mangsa banjir diutamakan dan kebajikan mereka diambil kira.
AirAsia tawar perkhidmatan untuk bantuan ke Pulau Pinang
AirAsia menawarkan bantuan pengangkutan udara kepada mana-mana pertubuhan bukan keuntungan (NGO) untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir Pulau Pinang.
Jumlah mangsa banjir Pulau Pinang meningkat
Jumlah mangsa banjir di lima daerah di Pulau Pinang hingga awal pagi ini terus meningkat kepada 5,845 berbanding 3,779 mangsa malam tadi yang ditempatkan di 62 pusat pemindahan.
Air paras pinggang di SMK Datuk Ahmad Said
Sejumlah 159 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Datuk Ahmad Said di Sungai Dua dibawa memasuki ke dewan peperiksaan menggunakan kenderaan pelbagai guna (SUV) dan lori.Hasil tinjauan Malaysia Gazette mendapati air dipercayai naik sehingga ke paras pinggang membuatkan semua pelajar di situ gagal untuk memasuki sekolah berkenaan.
Pulau Pinang tidak isytihar darurat
Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan mengisytiharkan darurat buat masa ini.