Saturday, September 19, 2026
Home Tag Rasuah

Tag: rasuah

Bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri tangguh 2 September

Hakim Rosli Ahmad memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Teh See Khoon yang mewakili Zizie Izette berikutan peguam Datuk Seri K. Kumaraendran yang mengendalikan perbicaraan kes tidak sihat.

Perbicaraan kes rasuah bekas setiausaha politik Hamzah Zainudin bermula 25 Ogos

Hari ini, peguam Sayed Amir yang merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin itu diarah menyerahkan pernyataan pembelaan kepada pihak pendakwaan.

Taikun kelahiran Malaysia mengaku bersalah bersubahat halang keadilan Singapura

Peguam bela yang memohon pengampunan berkata, anak guam mereka menghidap penyakit yang serius, termasuk penyakit kanser yang tidak boleh diubati.

10 syarikat penerbangan terlibat pelaksanaan awal saringan latar belakang pengembara

Jelasnya, sistem itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan menangani isu rasuah di pintu masuk negara khususnya di KLIA menerusi pelbagai sindiket seperti kaunter setting; flying passport; U-turn; phantom travellers dan sebagainya.

Rasuah pintu masuk: 26 pegawai JIM dibuang kerja tahun lalu

“Yang dilaporkan ini adalah tindakan yang telah kita ambil tidak kira siapa sekali pun mereka, sebab kita memang tidak bertoleransi terhadap perbuatan jijik (rasuah) seperti ini,” katanya.

Pekerja ladang didakwa cuba rasuah anggota polis RM2,000

Lelaki itu didakwa memberikan suapan iaitu wang tunai berjumlah RM2,000 kepada anggota polis berpangkat sarjan yang merupakan Penyelia Cawangan Unit Rondaan dan Bermotosikal, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

3 pegawai kanan polis termasuk pesara direman kes rasuah RM110,000

“Salah seorang suspek dipercayai telah menerima wang rasuah secara bulanan antara kira-kira RM4,000 hingga RM5,000 melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya yang kemudiannya diagihkan kepada tiga lagi suspek ke akaun bank peribadi masing-masing,” katanya.

Tiga pegawai PBT Terengganu disyaki terima rasuah ditahan reman

Perintah reman sehingga 2 Ogos dikeluarkan Majistret Yuhanis Mohd Roslan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mlaysia SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Terengganu pagi tadi.

SPRM reman penguat kuasa di KLIA terlibat counter setting

Suspek lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu telah ditahan kira-kira jam 3 petang semalam di tempat suspek bertugas.

Hairan, Mengapa Pembangkang Sekarang Kurang Bercakap Soal Rasuah – PM Anwar

Kerajaan tidak pernah berniat untuk terus menghukum mana-mana individu yang dikaitkan dengan tuduhan kesalahan rasuah walaupun mereka telah meninggal dunia atau berusia.