Tag: Sukan SEA
Sukan SEA: Malaysia diundi dalam kumpulan terbaik, bukan maut – Hamidin
Biar kita bertemu pasukan yang kuat lebih awal supaya kita akan mara ke separuh akhir dan akhir dengan lebih cepat dan mudah kerana kita bertemu Thailand. - Datuk Hamidin Mohd Amin.
Sukan Sea: Skuad renang negara harapkan terbaik di Kemboja
Jurulatih renang kebangsaan, Chris Martin berkata, seramai 18 perenang akan menggalas cabaran untuk negara memburu pingat pada temasya di Kemboja.
Sukan Sea: Atlet pelapis jadi sandaran skuad terjun
Pengurus pasukan terjun kebangsaan, Ong Suh Chyn berkata, keputusan menghantar barisan atlet muda bagi menyahut cabaran Majlis Olimpik Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam mempersiapkan atlet masa depan negara.
Sukan Sea: Skuad ping pong buru emas
Persiapan kali ini dilakukan dengan lebih rapi dan baik berbanding Sukan SEA edisi lalu di Hanoi apabila dunia berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Kang Fong Ling.
Pasukan Fin Swimming optimis naik podium Sukan Sea
Kali ini kalau tanya mengenai sandaran pingat, kita nampak peluang cerah merangkul satu atau dua pingat cuma warnanya belum pasti lagi, namun ini satu perkembangan yang positif kepada kami. - Ravivarma Sanmugam.
Pelumba basikal wanita dakwa mangsa gangguan seksual kembali sertai latihan
Berbaki 27 hari sebelum Sukan SEA bermula, jadi kami prihatin dengan mental, emosi dan fokus pelumba dan paling penting PKBM mahu pastikan atlet berada dalam keadaan selamat. Biar polis jalankan siasatan mereka. - Datuk Amarjit Singh Gill.
Zhing Yi teruja ke Sukan SEA, mahu balas budi BAM
Zhing Yi kini menjalani latihan intensif bersama jurulatih James Chua dengan memberi tumpuan kepada aspek kecergasan fizikal untuk memperbaiki segala kelemahan yang dikenal pasti, sebagai persediaan bersaing dalam dua kategori iaitu acara perseorangan dan kumpulan pada kejohanan itu nanti.
‘Duyung’ cilik 11 tahun, atlet termuda Malaysia di Sukan SEA Kemboja
Presiden Persatuan Finswimming Malaysia (MFSA) S. Ravivarma optimis pasukan negara yang diwakili lapan atlet pada Sukan SEA kali ini mampu meraih pingat selepas pulang dengan tangan kosong ketika penampilan pertama mereka di Hanoi tahun lepas.
Darrshan harap pencapaian di ITF buka peluang ke Sukan SEA
Darrshan kini berharap untuk mempamerkan persembahan cemerlang dalam siri pertama Sirkit Kebangsaan yang bermula 8 Mac ini, bagi mencerahkan peluangnya ke Sukan SEA.
Sukan SEA: Shalin optimis raih kepercayaan atlet
Kadang-kadang ada atlet yang susah percaya dengan orang lain tapi dengan orang yang pernah mengharungi (pengalaman bertanding) mereka lebih senang dan terbuka. - Datuk Shalin Zulkifli.
















