Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mententeramkan para penyokongnya di Seremban malam tadi.
Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mententeramkan para penyokongnya di Seremban malam tadi.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan mententeramkan para pengikutnya di luar kediaman rasmi selepas Pakatan Harapan (PH) dikatakan berjaya merampas tampuk pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Mat kelihatan sebak sambil menasihati pengikutnya supaya bersikap rasional dan tidak melayan sebarang bentuk provokasi.

“Kalau ada provokasi jangan balas, jangan sekali-kali melawan, orang yang pernah kerja di bawah saya selepas ini teruskan kerja.

“Kalau Melayu tidak mahu saya nak buat macam mana, dia buat semua untuk agama, pendidikan fikirkan Melayu,” katanya lagi.

PH Negeri Sembilan malam tadi mengumumkan mereka berjaya menawan negeri itu daripada BN buat pertama kali dalam sejarah.

Walaupun keputusan rasmi belum dikeluarkan, mereka mendakwa sudah mempunyai cukup kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membentuk kerajaan.

Pengerusi PH di negeri itu, Aminuddin Harun berkata setakat ini mereka menang di 19 kerusi – 11 disumbangkan DAP, lima dari PKR dan tiga (AMANAH).- MalaysiaGazette

PH dakwa berjaya ‘rampas’ Negeri Sembilan