Keriang Hill terletak 10 kilometer dari bandar Alor Setar, Kedah.
Keriang Hill terletak 10 kilometer dari bandar Alor Setar, Kedah.

ALOR STAR – Bukan mudah untuk memilih percutian yang benar-benar menjanjikan kelainan kepada pengunjung tempatan mahupun luar negara yang ingin bersantai dalam suasana kampung sebenar.

Ini kerana alang-alang bercuti, siapa yang tidak mahu merasai percutian yang mendamaikan dan tenang daripada hiruk pikuk bandar.

Jadi, apa kata sesekali keluar daripada kesesakan kota, tenangkan minda dan manjakan diri serta keluarga di Keriang Hill iaitu resort ala kampung yang pasti akan memberikan pengalaman yang luar biasa tanpa perlu berbelanja besar.

alt keriang 7
Suasana mendamaikan dengan rimbunan redup pokok-pokok.

Keriang Hill terletak 10 kilometer dari bandar Alor Setar, Kedah yang terkenal dengan jolokan Jelapang Padi Malaysia.

Terletak di kaki Gunung Keriang, pengunjung akan jatuh cinta kali pertama dengan panorama gunung batu kapur tersergam indah yang mempunyai sejarah dan mitosnya tersendiri selain hamparan sawah padi yang saujana mata memandang.

Seterusnya, Keriang Hill seluas 15 ekar itu memiliki 15 pondok penginapan yang berkonsepkan rumah kampung dengan berlainan reka bentuknya pada setiap satu.

Pondok penginapan ala rumah kampung untuk keluarga yang berharga RM300 semalam.
Pondok penginapan ala rumah kampung untuk keluarga yang berharga RM300 semalam.

Apa yang uniknya dengan pondok ini adalah kerana ianya dipindahkan dari beberapa daerah di negeri Kedah dan ditempatkan di kaki Gunung Keriang.

Tema Keriang Hill iaitu ‘Kembali Ke Kampung’ pula amat bertepatan apabila segalanya bersatu dengan ketenangan daripada kesibukan kota, keindahan pokok-pokok yang meredupi dan kesejukan angin dari sawah padi yang terbentang luas sambil menikmati alam semula jadi.

Lebih mengujakan, suasana pada waktu malam ditemani bunyi-bunyi alam semula jadi seperti cengkerik dan unggas yang mempesonakan.

Pemandangan sawah padi yang mengelilingi Keriang Hill.
Pemandangan sawah padi yang mengelilingi Keriang Hill.

Malah lantai pondok penginapan yang berbunyi ketika berjalan cukup mengimbau nostalgia rumah kampung. Tidak dilupakan juga beranda di pondok penginapan yang membolehkan pengunjung beristirehat sambil menghirup udara segar yang nyaman.

Malah talian internet dan telefon bagi sesetengah syarikat telekomunikasi yang sukar untuk dicapai akan membolehkan pengunjung benar-benar menggunakan waktu bercuti dengan sepuas-puasnya dan berkualiti dengan orang tersayang.

Pada masa sama, pengunjung juga boleh mengikuti pakej lawatan yang disediakan seperti membeli-belah Pekan Rabu yang baharu, Galeri Sultan Abdul Halim, Masjid Zahir dan Kota Kuala Muda yang terkenal sebagai tempat sejarah.

Nostalgia rumah kampung di Keriang Hill.
Nostalgia rumah kampung di Keriang Hill.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Keriang Hill Resort Sdn Bhd, Datuk Wan Ahmad Muazzam Wan Ismail, setelah diambil alih dari Jabatan Pelancongan beberapa tahun lalu, resort itu menjanjikan pengalaman suasana kampung yang tidak ternilai buat pengunjung.

Jelas beliau, pengunjung yang datang pertama kali pasti terkejut dengan apa yang kami tawarkan dan merinduinya untuk berkunjung semula pada masa akan datang.

“Keriang Hill turut mempunyai dewan yang dikenali sebagai Dewan Seri Panglima dengan keluasan 480 meter persegi yang boleh menempatkan 250 orang pada satu-satu masa, selain turut mempunyai kemudahan kolam renang, gimansium, restoran The Puteri, surau serta kedai cenderamata,” katanya.

Percutian yang mendamaikan dan tenang daripada hiruk pikuk bandar.
Percutian yang mendamaikan dan tenang daripada hiruk pikuk bandar.

“Setiap pembangunan yang terdapat di dalam resort ini adalah visi serta misi yang telah dizahirkan Pengerusi Eksekutif Keriang Kill Resort merangkap Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah,” katanya.

Keriang Hill dirasmikan bekas Sultanah Kedah, Tuanku Hajah Haminah pada Mei tahun lalu.

Sementara itu, Wan Ahmad Muazzam berkata, antara tarikan luar biasa yang ditawarkan apabila pengunjung boleh memancing ikan di kolam yang disediakan.

Pondok penginapan untuk pasangan berharga RM200 semalam.
Pondok penginapan untuk pasangan berharga RM200 semalam.

Jelasnya, apa yang menarik ikan tersebut akan diproses sebagai pekasam untuk pengunjung membawa pulang ke destinasi masing-masing.

“Selain itu, kawasan ini memiliki pokok kabu dan pengunjung boleh melihat sendiri bagaimana bantal kabu dihasilkan. Malah di sini, kami memiliki sebanyak 2,003 jenis pokok untuk dikenali tetamu datang antaranya pokok hutan, keriang dan tahan hijau.

“Pada masa sama, pengunjung boleh merasai pengalaman berada di kawasan sawah padi dan juga menanam sayuran. Dan paling utama kakitangan di sini ditekankan konsep mesra pelanggan yang menjadi kunci utama untuk berkomunikasi,” katanya.

Keriang Hill terletak di kaki Gunung Keriang.
Keriang Hill terletak di kaki Gunung Keriang.

Wan Ahmad Muazzam turut memberitahu, keunikan lain yang pasti tidak dilupakan pengunjung apabila menu sarapan pagi adalah nasi lemak bungkus dan roti canai bersama kopi O dan teh O panas yang dijamah di beranda pondok penginapan.

Tambah beliau, Keriang Hill turut menawarkan kemudahan berbasikal selain perancangan memperkenalkan sukan-pelancongan seperti mendaki di Gunung Keriang dan menerokai gua-gua di sana.

Sementara itu, orang ramai yang ingin berkunjung ke Keriang Hill boleh layari laman web kerianghill.com.my, Facebook; Keriang Hill dan Instagram; Keriang selain menghubungi talian 04-730 5232. – MalaysiaGazette

Suasana kolam renang pada waktu malam.
Suasana kolam renang pada waktu malam.

Tinggalkan Jawapan