Jamal Khashoggi
Jamal Khashoggi

RIYADH – Arab Saudi memberi amaran terhadap ancaman yang menghukum negara itu susulan kehilangan wartawan Jamal Khashoggi.

Riyadh diberi tekanan apabila firma-firma dan individu terkemuka membatalkan penyertaan mereka dalam Persidangan Pelaburan anjuran negara itu.

Khashoggi, seorang penduduk tetap Amerika Syarikat dan kolumnis Washington Post yang mengkritik dasar Riyadh, hilang pada 2 Oktober selepas memasuki bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul.

Turki mendakwa wartawan terkemuka itu dibunuh dan mayatnya telah dibuang.

Namun tuduhan itu telah dinafikan dengan tegas oleh Amerika Syarikat.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengancam satu bentuk hukuman bera” jika ternyata Khashoggi terbunuh di konsulat, walaupun beliau mengakui Washington sebenarya “menghukum” negara sendiri jika menghentikan penjualan senjata kepada Riyadh.

“Kerajaan mengesahkan penolakannya terhadap apa-apa ancaman dan percubaan untuk melemahkannya, sama ada dengan mengancam untuk mengenakan sekatan ekonomi, menggunakan tekanan politik, atau mengulangi tuduhan palsu,” kata agensi berita Arab Saudi (SPA).

Malah, Arab Saudi menegaskan, jika negara itu menerima sebarang tindakan, ia akan membalas dengan respons yang lebih besar dan ekonominya mempunyai peranan yang berpengaruh dan penting dalam ekonomi global.

Susulan kenyataan itu, Kedutaan Arab Saudi dalam Twitternya mengucapkan terima kasih kepada beberapa negara termasuk Amerika Syarikat kerana tidak membuat kesilapan dalam kes kehilangan Khashoggi. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan