Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Ibu Pejabat SPRM selepas menerima notis serah diri berhubung dakwaan penyalahgunaan wang dana Yayasan Akal Budi di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 18 OKTOBER 2018.

PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan.

SPRM mengesahkan penahanan itu dibuat pada pukul 3.15 petang di ibu pejabat SPRM di sini.

Bekas timbalan perdana menteri itu akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 dan Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Pendakwaan itu dibuat setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

“Ahmad Zahid akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok (19 Oktober 2018), pukul 9 pagi untuk pertuduhan di mahkamah,” kata SPRM dalam kenyataan di sini.

Ahmad Zahid tiba di Ibu Pejabat SPRM pukul 3 petang ini selepas menerima notis serah diri semalam. – MalaysiaGazette

Zahid Hamidi bakal ditahan SPRM esok, didakwa Jumaat

Zahid serah diri, hadir ceria

Tinggalkan Jawapan