Petisyen membantah ICERD akan diteruskan sehingga kerajaan akur kehendak rakyat.
Petisyen membantah ICERD akan diteruskan sehingga kerajaan akur kehendak rakyat.

KUALA LUMPUR – Petisyen membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sehingga jam 4 petang ini sudah mencecah 98,688 tandatangan.

Berbanding 96,147 tandatangan terkumpul sehingga jam 12 tengah hari tadi, sokongan diterima daripada pelbagai pihak yang menentang cadangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hendak meratifikasikan ICERD, amat menggalakkan.

Menurut pihak yang bertanggungjawab menyediakan petisyen itu, Lukman Sheriff, sokongan diterimanya terus meningkat dari semasa ke semasa dan yakin dapat mengumpul sehingga 150,000 tandatangan sehingga akhir bulan ini.

Mengenai dakwaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (Mara) tidak terusik dengan ICERD kerana kononnya pindaan itu memerlukan dua per tiga majoriti persetujuan Sultan, beliau berkata, hujah itu salah dan bohong.

Katanya, undang-undang yang dibuat di bawah Akta 153 seperti Akta UiTM hanya memerlukan kelulusan majoriti untuk digubal, dipinda atau dimansuhkan.

“Ia tidak memerlukan dua per tiga atau persetujuan Majlis Raja-Raja. Pindaan Perlembagaan kepada Artikel 153 memerlukannya, tetapi pindaan mana-mana Akta Parlimen hanya memerlukan kelulusan majoriti Parlimen, kecuali Akta Hasutan.

“Ini bermakna apabila ICERD diratifikasikan, UiTM dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) adalah satu bentuk “racial discrimination” di bawah ICERD dan mesti dimansuh atau dipinda dari objektif asalnya,” katanya. – MalaysiaGazette

Rakyat tak perlu gundah isu ICERD

PH tidak akan langgar Perlembagaan negara dalam ratifikasi ICERD

Petisyen bantah ICERD cecah 80,000 tandatangan

Majlis Peguam mahu kerajaan lulus ICERD

Tutup sekolah vernakular jika sokong ICERD – Armada

Ada peruntukan ICERD tak sesuai dengan perlembagaan – PM

ICERD: Tiada keperluan tandatangan – Mukhriz

PH tidak akan langgar Perlembagaan negara dalam ratifikasi ICERD

ICERD : Jangan buat andaian melampau – Mujahid