KUALA LUMPUR – Kes pisang goreng campur kapur siling yang djual peniaga di Puchong berpunca daripada kesilapan kilang tertukar bungkusan.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham berkata, siasatan mendapati hasil siasatan menunjukkan tepung rangup tersebut telah dibekalkan oleh sebuah kilang di Kuala Lumpur dan mendapati pihak kilang telah tersilap menggunakan kertas pembungkus kapur siling untuk membungkus tepung rangup berkenaan.

“Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan pihak kilang untuk menarik balik kesemua tepung rangup yang telah dibungkus dengan kertas pembungkus kapur siling dari pasaran.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata demikian mengulas isu yang tular di media sosial daripada artikel bertajuk “Rezeki terjejas kerana tular palsu” yang disiarkan melalui akhbar Sinar Harian hari ini.

Peniaga yang dijual berdekatan dengan Hospital Columbia Bandar Puteri di Puchong, Selangor didakwa dicampur dengan kapur siling oleh peniaga bagi merangupkan makanan tersebut.

Selain itu, katanya, pihak berkuasa tempatan telah mengambil tindakan ke atas premis tersebut oleh kerana beroperasi tanpa lesen. – MalaysiaGazette