Semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini diminta mengadakan solat hajat bagi mendoakan agar anggota mereka, Wan Mohd Arif Wan Yahya, yang dikhuatiri lemas dan hilang di Sungai Paka dekat Kampung Durian Mentangau, Dungun, Jumaat lepas ditemui.

KUALA LUMPUR – Sekumpulan empat remaja lelaki ditahan polis semalam, disyaki terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah sekolah di Jalan 5, Taman Selayang.

Semua remaja itu berumur antara 15 hingga 18 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, polis Bilik Gerakan Gombak menerima panggilan kecemasan melaporkan berlaku pergaduhan melibatkan semua remaja itu.

Katanya, kejadian merusuh itu melibatkan remaja yang masih bersekolah dan telah habis sekolah dan terdapat dua remaja mengalami kecederaan.

“Pergaduhan ini berlaku di luar kawasan sekolah, manakala suspek lain masih dikesan dan motif dipercayai isu curi telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Fadzil menasihatkan mereka yang terlibat tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk membantu siasatan. – MalaysiaGazette