Tiga pemain Kelab bola sepak Brazil Bahia tercedera apabila bahan letupan meletup di atas bas.Foto-Reuters

BEIRUT – Serangan dua bom mensasarkan jemaah Syiah di Damsyik telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 warga Iraq terbunuh.

Malah, lebih 120 orang yang difahamkan berkunjung ke kuil berhampiran untuk sembahyang tercedera dalam kejadian itu, menurut Kementerian Luar Iraq.

Setakat ini tidak ada sebarang pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab ke atas serangan pada Sabtu.

Stesen al-Manar TV melaporkan bom dibawa oleh dua pengebom berani mati semsa kejadian.

Siaran Televisyen negeri Syria menunjukkan dua buah bas mengalami kemusnahan teruk akibat letupan itu dan darahdan kasut milik mangsa dijumpai di serata tempat.

Serangan itu berlaku di sebuah stesen bas yang mana para jemaah dibawa untuk melawat tanah perkuburan Bab al-Saghir.

Letupan kedua berlaku 10 minit selepas letupan pertama sekitar 10 pagi (0800 waktu tempatan).

Ia menyebabkan kecederaan kepada pekerja pertahanan awam yang telah berkumpul dalam misi menyelamatkan mangsa letupan.

Sayeda Zeinab iaitu cucu kepada Prophet Mohammad disanjung tinggi kaum Syiah dan tempat sucinya menjadi laman penziarahan besar-besaran para jemaah Syiah dari serata dunia.

Pihak berkuasa Iraq masih menyiasat punca kejadian dan suspek yang terlibat dalam serangan bersiri yang mensasarkan jemaah Syiah. – MalaysiaGazette