Produk penjagaan rambut jenama Norish Kareem Kosmetik yang dikeluarkan oleh Drs Medical Group di Klinik Drs Medical Group Subang Jaya, Selangor. foto AQIRA AZEMI. 06 MAC 2018

SUBANG JAYA – Norish Kareem Cosmetics iaitu produk penjagaan rambut yakin dapat menjual sebanyak 20,000 botol sepanjang tahun ini.

Pengasasnya, Dr. Shaharom Sulaiman berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan menggalakan lebih 1,000 botol terjual sejak diperkenalkan Januari lalu.

Beliau berkata, pihaknya kini telah mendapat maklum balas baik yang diterima daripada pengguna setelah mereka mencubanya.

Jelas pakar rawatan rambut itu, ini membuktikan kajian dan penyelidikannya sendiri selama enam bulan menggunakan kandungan terbaik telah membuahkan hasil.

“Fungsi asal Norish Kareem Cosmetics merawat yang rosak kesan daripada mewarna dan rebonding rambut. Kebaikannya juga melindungi rambut daripada rosak.

“Namun selepas memakainya, pengguna memberi maklum balas rambut mereka menjadi wangi, kurang gatal dan menghilangkan kutu selain kelumumur telah berkurangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui MalaysiaGazette di kliniknya iaitu DRS Medical Group di sini baru-baru ini.

Temubual bersama Pengasas Drs Medical Group, Dr Shaharom Sulaiman di Klinik Drs Medical Group Subang Jaya, Selangor. foto AQIRA AZEMI, 06 MAC 2018

Shaharom berkata, Norish Kareem Cosmetics diperbuat daripada bahan terbaik seperti pati minyak argan, pati minyak german chamomile dan pati minyak peppermint.

Jelasnya, terdapat enam pilihan wangian yang sesuai bagi lelaki dan wanita seperti Victorienne, Mademoiselle, Cherie, Vanite, Jeune dan Monsieur.

“Kami menyasarkan produk ini dapat menembusi pasaran antarabangsa selepas menaja Minggu Fesyen London baru-baru.

“Namun aspirasi saya agar pengguna di negara ini dapat menggunakan barangan berjenama antarabangsa dan berkualiti dengan harga mampu milik,” katanya.

Sementara itu, Norish Kareem Cosmetics boleh didapati dalam kandungan 50 mililiter (ml) pada harga RM88.

Mereka yang berminat membelinya atau menjadi stokis dan ejen boleh melayari laman sosial Instagram: norishkareemcosmetics_hq. – MalaysiaGazette