KUALA LUMPUR – Imbangan pembayaran Malaysia merekodkan lebihan lebih tinggi pada akaun semasa sebanyak RM15 pada bilion pada suku tahun pertama 2018 berbanding RM13.0 bilion pada suku keempat tahun lalu.

Akaun kewangan pula merekodkan aliran masuk bersih RM15.2 bilion berbanding RM6 bilion pada suku terakhir 2017.

Lebihan yang lebih tinggi iaitu RM15.0 bilion pada akaun semasa sebahagian besarnya disumbangkan oleh peningkatan pada akaun barangan RM35.7 bilion dan defisit lebih rendah pada akaun perkhidmatan RM5.8 bilion, menurut Jabatan Perangkaan.

Akaun kewangan merekodkan aliran masuk bersih RM15.2 bilion dipacu oleh aliran masuk bersih lebih tinggi pada pelaburan langsung RM10.7 bilion dan pelaburan lain RM6.4 bilion.

Pelaburan pangsung di luar negeri (DIA) mencatatkan perubahan arah kepada aliran keluar bersih RM1.3 bilion pada suku tahun ini berbanding aliran masuk bersih RM1.9 bilion suku lepas.

Manakala, pelaburan langsing asing (FDI) di Malaysia merekodkan aliran masuk bersih lebih tinggi RM12.0 bilion. – MalaysiaGazette