UALA LUMPUR – Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) pada bulan April 2018 meningkat sebanyak 4.6 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Peningkatan pada bulan April 2018 disokong oleh pertumbuhan dalam semua indeks – pembuatan ( 5.3%), perlombongan (1.8%) dan elektrik (5.8%), kata Jabatan Perangkaan

Output sektor pembuatan meningkat sebanyak 5.3 peratus pada bulan April 2018 selepas mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.1 peratus pada Mac 2018.

Sub-sektor utama yang mencatatkan peningkatan pada bulan April 2018 adalah produk peralatan elektrik dan elektronik (6.6%), produk petroleum, kimia, getah dan plastik (3.0%) dan produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (4.7%).

Output sektor perlombongan mencatatkan peningkatan sebanyak 1.8 peratus pada April 2018 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Ini disebabkan oleh peningkatan dalam indeks minyak mentah ( 4.4%). Manakala, indeks gas asli menyusut sebanyak 0.4 peratus.

Output sektor elektrik meningkat sebanyak 5.8 peratus pada bulan April 2018 selepas mencatatkan peningkatan sebanyak 4.4 peratus pada bulan Mac 2018.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast