KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengarahkan Lendingstar Malaysia Sdn. Bhd. menghentikan kesemua aktivitinya serta-merta.
SC dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan pada 23 Julai lalu apabila satu inkuiri mendapati Lendingstar tidak mendaftar bagi mengendalikan pasaran yang diiktiraf dan menyediakan kemudahan pelaburan auto tanpa lesen atau berdaftar dengan SC seperti mana yang diperuntukkan di bawah undang-undang sekuriti.
Sehingga kini, SC telah mendaftarkan tujuh ekuiti kutipan dana (crowdfunding) dan enam pengendali platform peer-to-peer.
“Penerbit dan pelabur dinasihatkan untuk memastikan pengendali platform adalah sah sebelum menyertai sebarang aktiviti mengutip dana atau pelaburan.
“Para pelabur boleh mengakses kesemua senarai pengendali platform yang berdaftar di sini,” katanya.-MalaysiaGazette