Saleem
Saleem menerima rawatan di Hospital Kajang selepas ter;libat dalam kemalangan di Cheras semalam.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Saleem Iklim masih menerima rawatan di Hospital Kajang dan keadaannya dilaporkan stabil hingga waktu ini.

Sehubungan itu, Seniman Malaysia menafikan viral kononnya Salem telah meninggal dunia awal pagi tadi.

Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah berkata, persatuan itu mengecam tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang mahu mengelirukan masyarakat dengan melakukan viral berkenaan hingga tidak mengambil kira perasaan keluarga Salem.

“Seniman memohon agar masyarakat tidak terpedaya dengan berita yang tular dan sebarang maklumat lanjut tentang perkembangan Saleem Iklim akan kami maklumkan kepada umum dari masa ke semasa.

“Sama-sama kita memohon kepada Allah agar Saleem Iklim segera sembuh dan pulih seperti sedia kala,” katanya. – MalaysiaGazette