KUALA LUMPUR – Umum mengetahui bahawa pelakon Aiman Hakim Ridza sebelum ini pernah menjalin cinta dengan Fathia Latiff.

Namun hubungan mereka terputus di tengah jalan pada tahun 2015.

Selepas itu Fathia dan Aiman tidak pernah digosipkan dengan mana-mana artis.

Terbaru mengejutkan peminat, apabila Aiman, 29 memuat naik gambar bersama-sama Zahirah MacWilson dengan tanda pagar #zahirAH.

“Nombor bermula dengan 1,2,3, muzik mula dengan Do-Re-Mi, abjad mula dengan A dan berakhir dengan Z, hakikatnya sekarang yang ada hanya kau dan aku. #zahiraAH,” tulisnya di Instagram.

Gambar tersebut menerima like sebanyak 99,223 dan komen tanda-tanya peminat apakah hubungan di antara kedua-dua pelakon itu.

Kemudian giliran Zahirah pula memuat naik gambar yang sama dengan Aiman dengan kapsyen;

“Sekarang dan sampai bila-bila, Insyallah, #zahiraAH,” tulisnya.

Selain Aiman yang punya kisah cinta yang lalu, Zahirah juga pernah menjalin hubungan dengan Zul Ariffi.-MalaysiaGazette