Finas menutup premisnya di Hulu Klang bagi proses sanitasi.

KUALA LUMPUR –┬áSetiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Samsuni Mohd Nor hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Beliau akan dibantu oleh seorang penasihat undang-undang, Affendy Ali Dally, yang dilantik sebagai timbalan pengerusi.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan sejajar degan penstrukturan semula agensi itu bersesuaian dengan hala tuju kementerian.

Beliau yang turut mengumumkan ahli lembaga baharu berkata, mereka terdiri dalam kalangan individu yang berpengalaman luas dan berpengetahuan dalam bidang perfileman, karyawan, perakaunan dan perundangan.

Ahli-ahli lembaga yang lain ialah Rashid Karim, Hasnul Hadi Samsudin, Onn Norshal Hamzah, Mohan Rao, Salwah Shukor dan Andrew Tai.

Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Dr. Mohd. Ali Mohamad Nor dan wakil daripada Kementerian Kewangan, Siti Juraini Jalaludin dilantik sebagai wakil-wakil kementerian.

Gobind berkata, turut dilantik pemangku Ketua Pengarah FINAS, Shakib Ahmad Shakir pemangku Timbalan Ketua Pengarah FINAS Fairul Azida Shahabudin

Dalam pada itu kata beliau, pihaknya juga telah melantik ahli-ahli yang berpengalaman dalam industri itu sebagai panel penasihat.

Antara yang dilantik iaaitu Ku Mohamad Haris Ku Sulong, Bront Palarae, Mohamed Harun Abdul Rahman, Wee Meng Hee, Nadira Ilana, Juhaidah Joemin, Anna Har, Adrian Teh, Syafiq Yusof, Mohamad Ghazali Jeman dan Shanjhey Kumar Perumal.

“Kementerian berharap ahli-ahli lembaga ini dapat bekerjasama untuk meningkatkan prestasi FINAS demi menjayakan industri ini sehingga ke pentas dunia pada masa hadapan.

“Semua lantikan ini adalah selaras dengan peruntukan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia 1981,” ujarnya. – MalaysiaGazette