SINGAPURA – Harga minyak kukuh dalam dagangan hari ini selepas inventori minyak mentah Amerika Syarikat jatuh dan pengurangan bekalan daripada OPEC.

Amerika Syarikat merekodkan pengeluaran minyak mentah sebanyak 12.1 juta tong sehari.

Niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) pada harga AS$57.01 tong pada 0034 GMT, naik sebanyak AS$0.07 berbanding harga penutup.

Harga Brent belum lagi diniagakan.

Harga minyak mentah naik sekitar 2 peratus pada sesi sebelumnya.

Selepas lima berturut-turut menyaksikan peningkatan, inventori minyak mentah Amerika Syarikat susut 8.6 juta tong pada minggu 22 Februari kepada 445.87 juta tong.

“Harga minyak melonjak selepas data menunjukkan penurunan pengeluaran OPEC memberi impak besar kepada import, selain penurunan inventori Amerika Syarikat,” kata ANZ Bank. – MalaysiaGazette