SINGAPURA – Harga minyak melonjak di bawah paras tinggi 2019 awal dagangan hari ini disokong oleh pengurangan bekalan berterusan oleh OPEC.

Sekatan ke atas minyak Iran dan Venezuela juga merangsang harga minyak mentah, walaupun para peniaga mengatakan pasaran itu kelihatan dihadkan oleh peningkatan pengeluaran Amerika Syarikat.

Kontrak hadapan West Texas Intermediate (WTI) turun AS$0.04 kepada AS$59.05 setong pada 0026 GMT, hampir ke paras tertinggi 2019 iaitu AS$59.23 pada hari sebelumnya.

Manakala niaga hadapan Brent pula susut sebanyak AS$0.06 kepada AS$67.48 setong.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) pada hari Isnin lalu telah membatalkan mesyuarat yang dirancang pada bulan April,dengan melanjutkan pengurangan bekalan minyak yang telah dilaksanakan sejak Januari hingga selewat-lewatnya Jun ini.

OPEC dan sekumpulan pengeluar bukan bersekutu termasuk Rusia mula mengurangkan bekalan untuk mengawal kejatuhan harga pada separuh kedua 2018, ketika pasaran mengalami tekanan akibat peningkatan output serta kelembapan ekonomi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast