Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia lebih rendah pada dagangan awal, selepas gagal mengekalkan kenaikan sebelum ini dengan aktiviti pengambilan untung sederhana dalam sektor telekomunikasi.

Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), yang dibuka 0.84 mata lebih tinggi pada 1,645.19, berundur selepas enam minit dagangan.

Pada 9.16 pagi, indeks itu susut 0.97 mata kepada 1,643.38.

Bagaimanapun, di pasaran yang lebih luas, kaunter naik mengatasi turun sebanyak 218 berbanding 110 dengan 237 kaunter kekal tidak berubah, manakala 1,290 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Sejumlah 348 juta saham bertukar tangan bernilai RM163.6 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast