Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia meneruskan penyusutan semalam untuk dibuka lebih rendah hari ini kerana kekurangan pemangkin yang kuat di pasaran, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.75 mata kepada 1,635.65, daripada penutup 1,637.40.

Kedua-dua kaunter naik dan kaunter turun ialah sebanyak 103 dengan 169 kaunter tidak berubah, manakala 1,528 tidak diniagakan dan 51 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 72.75 juta saham bernilai RM25.75 juta.

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals naik dua sen setiap satu masing-masing kepada RM9.16 dan RM9.02, Public Bank jatuh dua sen kepada RM22.54 dan TNB susut empat sen kepada RM12.16. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast