Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR –  Bursa Malaysia dibuka tinggi, tetapi kemudiannya menyusut, selari dengan kedudukan bursa serantau dan prestasi semalaman di Wall Street yang lemah.

Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.08 mata kepada 1,642.21 daripada 1,642.29 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks penanda aras dibuka 0.17 mata lebih baik pada 1,642.46.

Pasaran ditutup semalam bersempena cuti Hari Pekerja.

RHB Investment Bank Bhd dalam nota berkata, pasaran kurang memberangsangkan berikutan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) yang kukuh dan menunjukkan sedikit minat untuk melaraskannya pada bila-bila masa dalam waktu terdekat.

Ia berkata, kenyataan dasar dan khususnya pendirian tegas Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Hayden Powell bahawa Fed tidak mempunyai alasan kukuh untuk mempertimbangkan penurunan kadar sebagai respons terhadap inflasi yang lemah, mendorong penjualan sederhana di Wall Street dan mendorong keuntungan bon lebih tinggi.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu sebanyak 142 berbanding 129, dengan 202 kaunter tidak berubah, 1,414 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 218.14 juta saham bernilai RM86.90 juta.

Bagaimanapun, kerugian telah dihadkan oleh kenaikan indeks dalam kebanyakan kaunter saham wajaran tinggi, Maybank dan saham mewah berkaitan sektor minyak dan gas terpilih seperti Petronas Chemicals dan PetGas, serta kaunter berkaitan kewangan seperti Hong Leong Bank dan Public Bank.

Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing naik satu sen kepada RM9.26 dan RM9.01, manakala PetGas naik 30 sen kepada RM17.98.

Bagi saham aktif, Bumi Armada, Sapura Energy masing-masing naik setengah sen kepada 24 sen dan 33 sen manakala ARB naik lima sen kepada 58 sen.

Bagi saham untung, Public Bank naik 14 sen kepada RM22.64, Hong Leong Bank meningkat 12 sen kepada RM10.68 dan Pentamaster naik 11 sen kepada RM4.43.

Indeks FBM Emas susut 9.80 mata kepada 11,643.04, Indeks FBMT 100 merosot 9.61 mata pada 11,459.64 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 26.94 mata kepada 11,810.11.

FBM 70 merosot 48.91 mata kepada 14,529.90 tetapi FBM Ace naik 14.70 mata kepada 4,657.40.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 36.92 mata kepada 16,999.62, Indeks Perladangan merosot 25.37 mata kepada 7,255.30 dan Indeks Produk & Perkhidmatan Perindustrian naik 0.12 mata kepada 170.05. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast